Monday, July 2, 2012

WALK-IN-WARDROBE anganku musnah.

tragis tak tajuk diatas. hahaha. sebagai manusia, siape yg boleh lari dr keinginan. omputih cakap, desire.. sebagai seorg insan yg bergelar student, peminjam ptptn somemore, aku haruslah sentiasa ketuk kepala bila bershopping tingkap di mall mall seantero malaya ni. takyah cakap mall, pi pasa malam pun kene ketuk kepala jugak sbb tudung2 kt sana pun cantik2 jugak tahu. ok berkenaan tajuk di atas. walk-in-wardrobe...


.... 


jalan dalam almari. haha. hodoh beno. ok maksud dalam bahasa melayu nye, almari pakaian dimana kite boleh berjalan di dalamnya. dengar pun dah gah.  imagine, mariah carey, paris hilton, xtina aguilera, chritina richie, KLS, kim kardashian punya wardrobe. *nangis*. naluri keinginan terhadap ingin mempunyai walk in wardrobe sendiri makin membuak2 dengan sangat dasyatnya seperti perasaan bila jumpa pakwe hensem sejak aku start intern kat satu company consultant m&e ni. dh byk projek company ni penah handle. n of course, rumah besar besar punya projek pn dorg penah handle lah. dato this datin that, tan sri this, yb that. this company is base on mechanical n electrical, but still.. architect kene pass design rumah kat dorg lah kan. kalau tak, cane nak tau nak pasang lampu katne.. -.-


....


boleh dikatakan, setiap hari, tak pasti sejak bila, aku mesti berangan pasal benda ni stiap kali buat pelaburan di bank kecil (tandas). each, n every single day. n aku selalu tgk vlog vlog org yg buat wardrobe tour. tonton sambil mata terkebil2 mcm kucing tgk aku makan. paling aku nganga luas seluas keluasan republic russia bila tgk artis hollywood punya wardrobe lah.... kalau lah diberi peluang, aku nak lari lari masuk dlm tu, try smua baju, kasut, shades, accessories everything yg ada. ok baju tak muat, takpe lah. kalau koyak pn, baju die beribu lagi. ;p


.....


ada org berangan nak beli kereta, ada yg nak tunaikan umrah, ada yg nak kahwin, tak kurang jugak yg nak beli rumah. angan2 aku banyak, nak state kat sini tak terhabis rasanya, but one of them is, bila dah berkeluarga nnt, n bila dah ada rezki utk ada rumah sendiri, sewa ke beli ke, lantak lah, aku nak my own private walk in wardrobe. rumah sy skarang kecil, almari pnnnnn tak muat smpai termuntah muntah simpan baju aku. kalau tetbe cakap kat ayah "wahai bapaku yg hensem lg tampan, bolehkah anakmu yg baik budi pekerti ini menjadikan stor dibelakang sebagai wardrobe nya, ayahku?" mau kene pang sedas. kau hengat kau retis, periuk periuk kat dapur pn tak muat tempat, nak wardrobe sndri. banyak cantik. mmg tak lah. cari penyakit namanya tu. jadi, simpan lah angan2 ni di kotak ingatan sahaje ye oja.. (sambil cerita masalah kat tantan my cat)


.....


sekarang, yg mampu nya, ade walk-in-blog ni saje lah. yg di hapdate setahun sekali ni.. i think this is a good way untuk aku membebel dr buat status panjang2 kat fb tu, mcm sheena slalu kritik aku, sbb status pnjg sangat. hahaha. woi i hav so many idea in my mind at a time la, dont blame me. blame my wild idea ok.


.....

ok sehubungan dgn itu, dilampirkan beberapa gambar utk tatapan mata anda. menatap indahnya kekasut di wardrobe mu, membuat aku terdiam dan terpaku... ni wardrobe artis hollywood ye. jangan nganga besar sgt tahu.


christina richie's

obviously, queen mariah carey's wardrobe


pepepeparis hilton. one of my fav.

christina aguilera. favourite! 

well said KLS.



ok nak nangis.. bye bye now. bye bye....





No comments:

Post a Comment