Monday, November 12, 2012

cerita klinik gigi.

assalamualaikum.. n salam satu malaysia semua



pada yg menyambut perayaan esok, semoga berbahagia bersama family n drive carefully! susah lah faiz nak
datang sini esok.confirm jammed terok. sah sah kene hadap batu cave tu dulu baru dapat dtg rumah aku. haha



so let the story begin...



smalam, aku pegi dentist untuk check gigi bongsu yg menyakitkan ni. as what expected, doctor cakap, my wisdom tooth got no space utk tumbuh. sebab tu die sakit. die cakap, ade 2 choice. 1st, jaga rapi. gargle dgn mouth wash stiap kali lepas makan. n consume ubat. guna berus gigi yg sgt lembut sbb gusi aku sgt sensitive right now. 2nd, which patient selalu pilih, buang je wisdom tooth tu. sbb susah nak jaga... tmbah2 bila gigi tumbuh separuh, so, sisa makanan terselit bawah gums, menyebabkan infection belaku. sebab tu bengkak teruk. and dah ada yellow spot pun dekat gusi aku. die cakap, kalau tak jaga, mungkin akan bernanah teruk. aku cakap pasal ulcers yg non-stop, and tonsil bengkak. die mcm tak de respond sgt. so i thought, dentist cuma tau pasal gigi je.. kemudian aku pegi la klinik biasa.



klinik mesra pinggiran batu caves.



ya Allah, baik gila boleh tak doctor die. baikkkk sgt.. pastu, dapat oral aid 2, ubat gastric satu, and ubat demam as a pain killer satu. total, rm25 je!!! first time in my entire life, bil klinik semurah ni. selalu paling murah pun, rm40. tak pernah lari la. guna student card, rm30. tu pun dpt ubat sama je lebih kurang.



doctor cakap, sebab aku ade asthma, gastric and migrain, pain killer untuk aku terhad. sebab tu dentist and die boleh bg tahap paracetamol je. boleh di consume 2 biji setiap 3 jam bila sakit. doc cakap, sepatutnya aku rujuk pada dentist sebab diorg pakar dalam bab oral infection ni. aku pn cakap la, dentist tu mcm no respond je... mana la sy tau. doctor pun gelak n cakap, takpe its okay. and he explain. tonsils aku nampak merah, mungkin sebab baru shrink.. mmg pun, sebab tekak pedih nak telan mggu lepas. in a mean time, die dh surut la. at that moment, i got no time untuk pegi klinik. pastu doc cakap, die nampak, structure lidah n dinding pipi n gusi aku dah tak sekata. mungkin sebab terlalu byk ulcers, die makan permukaan mulut. ok. meaning, bukan kulit muka aku je la berkawah. dalam mulut pun ada kawah. hahaha. sabar je la. org lain ulcers takde parut. aku bukan main berkawah lg. n masih ada ulcer di bahagian dinding pipi, gusi and bawah lidah. lalala tau dah doc.




doctor ni pun cakap, nampak beberapa yellow spot kat bahagian infected gum. die cakap, mmg normal la awak akan rasa sakit yg sangat tak best. (aku sedikit musykil, ade ke sakit best?haha). aku pun tanya, leher saya, pipi saya, bengkak doc. sakit. ni sebab tonsils infection ke gums infection. die cakap, yup, thats normal when u have oral infection. die akan attack limfa2 bahagian tengkuk, leher, pipi smpai la kesebelah mata. rasa die mmg tak best, saya faham. (doc, doc, doc ni kelakar la guna terms tak best tu. haha).




aku tanya, org cakap, kalau tonsil bengkak, n ulcers, selalunye sebab badan panas. so, org pun selalu la cakap jgn minum air sejuk2. kene minum air panas. but sy baca kat internet, kalau gusi bengkak, tak boleh minum air panas. kene minum air sejuk. mana satu yg sesuai utk sy ye doc?




doc jawab, sebenarnye, baik ulcers, tonsil bengkak, and gusi bengkak, die tak sarankan minum air panas. so aku cakap, suam ke doc? suam sgt pun tidak. he said, it is good if u drink plenty of plain water, and air suhu bilik. sebab, bila adik minum air panas, bahagian luka dalam mulut tu akan melecur, menyebabkan die jadi lagi teruk. so, elakkan minum air terlalu panas n suam. minum air suhu bilik je. sebenarnye bnda ni jadi, sebab suhu mulut panas. so, kenapa nak tambah lg panas. sebab tu, sebagai langkah nk turunkan suhu, minum air sejuk. mungkin mksud die sejuk, sejuk biasa. bukan la ais ketoi2 tu. haha. so kiranya, salah la cara aku selama ni. dok telan air panas, konon igt elok. patut tak baik2 pun. hahaha.




and aku tak sure doc mana satu yg cakap, lepas 5 days kalau tak elok lg, datang balik jumpa dorg. tak sure. dentist kot. haha. yg penting, dentist cakap, lepas gusi susut, boleh dtg balik cek kat die. die nak check, for my case boleh cabut gigi biasa, or kene buat minor oral surgery ke ape tah nama die. aku mintak nak cabut, sebab tak tahan la, tiap tahun 3 4 kali mesti gusi tu bengkak. tp kali ni paling sakit n tak tahan. die gelak je. katanya, wisdom teeth kiri part atas, dah tumbuh semua, tu boleh cabut cara biasa. which cost around rm70-rm100 per teeth. untuk part bawah yg tengah bengkak teruk ni, nampak mcm baru keluar half. so, kalau still ada gusi yg menghalang, cost utk cabut sebatang gigi depends pd ksusahan, mungkin akan cost around rm100-300. or kalau belum tumbuh sepenuhnya, n kene ada minor surgery, mungkin akan cost around rm400-750. but, dentist still tak boleh decide sebab gusi tengah bengkak. die suruh tggu surut dulu. baru dtg balik jumpa die utk ckp pasal buang wisdom tooth.




kalau sakit je, mesti guna duit. mmg boleh pi kerajaan. tp, kalau kat hkl ni. tau tau la. tggu lama satu hal. mcm faiz dulu, die pun buang wisdom tooth 4-4, mmg murah, tp tggu 2 tahun baru settle smua. kau, 2 tahun tu, kalau aku pnjg umur pn, brapa kali aku nak terseksa oi. haha tak sanggup akuuuuuuuuuuuu. aku berdoa, harap gigi ni dah boleh cabut biasa. jgn la smpai 750 tu. please la jangan. sobs.... rasanya, belah kanan ni, tunggu masa je nak bengkak, sebab atas bawah dah lama tumbuh separuh je. moga2 lambat lagi, amin.... kalau dah keje nnt, ade duit sendiri, nak buang sendiri guna duit sendiri je. harap sempat la die bertahan. setengah tahun lagi je. :)



yg penting, i feel much better to be home right now. tadi, nak pegi lawat nenek. dah pegi hospital, but parking penuh.... ramai gila org kat hkl boleh tak. die siap letak cone kat smua tmpat parking. what the hell. tension aku. so, ibu je turun, aku plan nak pegi esok. sebab time tu pun, aku tgh sakit gigi sesangat. kalau jmpa nenek pn smpat salam je agaknya. so by tomorrow, boleh la jumpa nenek yg comel. harap nenek cepat2 keluar wad n sehat hendaknya. amin.




ok dah. bebel byk sangat.



nak gigi ceni. nak nak nak.






Sunday, November 11, 2012

sudah jatuh, ditimpa tangga.

assalamualaikum semua. :)



peribahasa kat atas ni, rasanya mcm sesuai untuk aku pada saat ni. lepas satu, satu penyakit datang tak henti2.. tapi aku redha, sebab aku tau, penyakit tu penghapus dosa...mana la tau, sebab penyakit2 ni, boleh bawak aku ke syurga ke, kan. hahaha.


aku tau, ramai lagi kat luar sana ada penyakit jauh lg serious, tapi masih sabar dgn segala2 nya. well again, aku manusia. aku tak kuat. jujur aku cakap, aku sedih and kadang2 rasa tak larat nak tanggung semua ni over and over again. aku dapat rasa betapa tak normalnye hidup aku.


serbulan lebih dah berlalu, ulcer mulut and lidah aku tak stop2, sampai dinding2 pipi aku naik hancur, lidah pun putih2 sebab pecah2 selalu. mmg sejak kecik aku kerap kene mulut pecah2 ni, so mmg sejak dulu aku banyak minum air putih.. tapi, mungkin tak cukup byk, sebab tu penyakit ni tak hilang2. selalunye, paling lama kene, non stop selama 2 mggu lebih. tapi kali ni, dah lebih sbulan. masih mcm ni. dah pegi klinik, dah pakai ubat. masih tak stop2. smpai sekarang. mmg la aku ada jugak langgar pantang, makan aiskrim minum air sejuk, hehehhee. tp jarang2. mgkin kene betul2 berpantang, baru lah ok kot. balik kl ni, nak pegi klinik lagi, ubat dah nak habis. harap doctor akan check betul2 untuk tau ape punca sebenar ulcers ni. in sha Allah, amin.



sebulan lepas, tonsil aku bengkak, smpai telan air liur pun seksa. pegi klinik jugak, sbb masa tu, demam kejap baik kejap kebah, ulcers, batuk kering, selsema n kepala pening2. dr bg ubat, 6 jenis kot. tak ingat. doctor cakap, tekak aku bengkak teruk. padahal time aku pi klinik tu, aku rasa dah susut sikit sbb minum air tak terlalu seksa sgt. awal2 tu seksa ya amat, Allah je tau. doctor ade cakap, kalau tonsil bengkak lagi, die mintak pegi klinik lagi, mungkin ada tonsil infection. aku, ntah la. aku tak suka pi klinik sebenarnya. haha. but anyway, mggu lepas, tekak aku bengkak balik, until now, leher aku rasa gemok sbb bengkak. telan sakit, tp tak seksa mcm bulan lepas tu. badan pun asek rasa tak sehat, kejap rasa ok kejap rasa nak demam. so nnt nak pegi klinik, nak suruh doctor check jugak. aku dah tak tahan pantang makan. seksa woi tak leh makan benda sesedap. makan bubur ayam mcd pun rasa seksa sbb sakit nak telan.


kan masa dapat ubat klinik tu, yg 6 jenis ubat tu, aku lupa nak bgtau doctor, aku ade gastrik teruk.. nak jadi cerita, malam lepas makan ubat tu, aku sesak nafas. masa tu. Allah je tau, aku rasa, mcm nyawa di hujung tanduk. selama aku hidup, aku rasa, itu la sakit yg paling sakit penah aku rasa. aku tak boleh benafas. jantung rasa dicucuk2, rasa mcm benafas dalam air.. pegi klinik, doctor bg oksigen, tapi tak berubah pun memula aku ingat asma, sebab aku mmg ade penyakit semput pun. but then. rasa mencucuk2 tu turun ke ulu hati... sah, sah ler gastrik. sbb sebelum ni penah kene jugak, smpai biru tangan n kaki sebab tak leh benafas. penah buang air besar berdarah, sbb gastrik jugak. tapi mungkin sebab tak serious, aku tak masuk wad pun. just penah masuk air, n injection dah bepuluh kali kene sebab gastrik. hahah dah lali, dah tak rasa ape dah. injection sebab allergic pun byk kali kene. so, aku dah tak kesah sgt pun enjet enjet ni. ha, bebalik pada cerita nye, doctor bg injection, macam biasa la. but ubat tu tak jalan, aku still rasa pedih ulu hati lagi, kaki rasa kebas n tak larat nak berdiri. dr bg surat, untuk pegi hospital melaka. pegi sana, doctor check jantung, bg injection lagi, kali ni masuk jarum besa tu. but tak rasa ape2, sbb perut aku sakit sgt time tu, so xde rasa pape pun jarum beso tu masuk tgn. tunggu itu ini, check jantung, jantung takde masalah, doctor bg ubat, then balik. alhamdulillah, tak admitted. pastu, dlm masu smggu lebih tu, perut aku sakit je.... banyak jugak kelas aku skip. aku tak larat... sumpah aku tak larat sgt2... kejap ok, kejap gastrik datang balik. 




beberapa hari lepas tu, aku cirit birit sebab salah minum air susu. aku tak boleh minum susu tepung lembu. sama mcm mak aku. 3-4 hari jugak cirit birit. plus, tekak rasa loya sebab angin gastrik. beberapa malam aku kalah dengan rasa sakit ni, jatuh jugak air mata yang aku tahan2 selama ni. tak lama tu, gastrik datang mnyerang lagi.  lama2 tu, alhamdulillah, gastrik tak kene dah.. smpai sekarang, cuma, kene jaga makan, tak boleh mkan pedas n masam2 la sangat. hehe mcm org tua dah aku ni.



dalam masa tu, ulser aku tak jugak elok2. berlarutan, sampai sekarang. tekak aku bengkak balik. tambah seksa, gigi bongsu tumbuh, tapi mcm takde ruang, so die tolak2 tisu2 nak ke tekak ni. seksa betul, rasa mcm ade electric shock ke otak. seharian aku tido sebab aku tak tahan...so, esok kalau klinik gigi bukak, nak pegi klinik gigi sekali. nak x-ray. kalau wisdom tooth aku ni bemasalah, nak operate buang semua. aku tak kire... seksa woi. smpai sekarang ni, gusi masih berdenyut2. tak lupa jugak, gusi bedarah. terasa darah kat bahagian kiri, sbb gusi bgkak part kiri. bila ludah, ludah tu ada darah. so, aku assume gusi la bedarah. haha pandai2 buat conclusion sendiri.



tapi aku bersyukur, walaupun aku selalu stay up sebab nak settlekan proposal, aku tak kene migrain. sebab aku ade migrain teruk jugak. kalau kene, smpai muntah2, n penah skali tu, aku duduk dlm toilet lama2 sbb muntah, sampai keluar air kuning2 tu. seksa. seksa. tak penah lagi pegi klinik pasal migrain, selalu makan panadol je, sebab malas nak susah kan orang lain, n rasa boleh tahan, so duduk je rumah sorang2, tahan sakit. kalau migrain, yg seksa nye, otak rasa bedenyut2, tak boleh dgr bunyi, tak boleh ada cahaya lampu, tak boleh ade gangguan lgsg. aku pun tak tau kenapa. bila ade bunyi n lampu, otak aku rasa lg bedenyut dasyat2. so, aku bersyukur, sbb dlm masa semua penyakit berlumba datang ni, migrain tak datang. alhamdulillah..............




ibu ayah nak datang jemput aku esok, tapi aku tak nak, sebab aku larat je nak drive. kesian ayah, ayah banyak keje. nenek pulak baru masuk wad pagi tadi, so, ibu kene jaga nenek. kalau ibu tak jaga nenek, sape lagi nak jaga. nak harapkan pak teh aku sorang jaga, kesian kat die.. moga nenek cepat2 la sembuh... amin. lagipun, aku rasa aku dah cukup besar nak hadap benda ni semua sendiri. n kalau tetbe sakit gigi tu serang balik, aku stop je la kat mana2 perhentian. bukan takde pehentian pun




ape2 pun, esok nak pegi klinik. semoga dapat ubat yg boleh baikkan pnyakit2 ni, semoga tekak tak bengkak lagi, semoga ulcers tak datang lg, semoga gusi ni tak berdenyut2 selalu. 



ape2 pun, semoga benda ni semua menguatkan aku, n mendekatkan lagi diri aku dengan Maha Pencipta. mungkin Allah bg semua ni, sebagai petunjuk, untuk aku dekatkan diri aku dengan-Nya. aku terima segalanya dengan segala kesyukuran, sbb aku tau, Dia maha tahu segala yg terbaik untuk diri aku. lgpun, aku tau aku kuat, sbb tu Allah uji aku. hehehehehe. :)




the pain is still killin me right now, but berkat doa ibu, aku rasa kurang sikit sakit nye even still tak boleh bercakap mcm normal. semoga segalanya berjalan lancar, moga perjalanan balik kl esok selamat. moga Allah berkati perjalanan aku, moga urusan proposal aku senang settle, amin amin ya rabbal alamin...




amin


Friday, November 9, 2012

kulit oja nampak makin elok, oja pakai ape?

first and foremost, alhamdulillah, sbb proposal dah siappppp n just tunggu my supervisor to give a feedback n betulkan ape2 yg salah. insya Allah by tomorrow dah boleh settle smua, insya Allah.. 



back to the topic, oja nampak lain, nampak berseri, oja pakai ape? haha. (serious face) its overrated, i know, i know. :p ok serious. ehem. (clear throat)



some people are born with absolutely beautiful, flawless skin. u know, the to-die-for-skin. well, im not. i dont belong in that group. never. not even now. (teary eyes) it doesnt mean that aku tak bersyukur dengan ape yg Tuhan bagi, nooo. aku bersyukur sangat2, alhamdulillah sebab i know, lagi ramai yg ada masalah jauh lg teruk... but u know. a girl need what a girl need. i want my pimples to go, forever.... kadang2, bila jerawat batu kat dahi, Ya Allah, tuhan je tau betapa sakitnye nak sujud. kdg2 sampai senget kan kepala sbb pedih sgt. and it affects me emotionally too. to be honest, i feel like crying when people stares at my huge pimples and buat muka kesian. buat muka geli pun ada. im a human. its not a crime to feel sad sometimes, dont i?



eh but before that, i dont do this for anything. i share this, sebab i know, how bad it feels to have such a bad skin which hurt u physically (most of the time) and emotionally. i just want to share this with all the girls (and boys jugak) out there yg tengah cari product untuk masalah kulit like i do. so that u guys boleh try it out, mana tahu, dengan izin Allah, korang punya kulit pun boleh pulih, kan? :) seriously, my parents had spent thousands ringgit for nothing. walaupun ayah tak berapa mampu, tapi sebab kesian tengok kulit aku yg sangat terok (waktu sekolah paling teruk), ayah rela spent some money that he got from buat perabot for my supplement pencuci muka and all... but it ends up, to be biasa biasa je. ye, mmg makin usia bertambah, makin pimples problem gettin better naturally. but still, parut2 hitam, n jerawat tak pernah tak ada, n jerawat batu sebulan sekali mesti ada.




aku pernah guna cosmoderm. elok, tp sbb waktu tu ayah tak larat nak beli every month. aku stop. n the problems start again. penah pakai proactiv, tahi punya produk, penipu besar. er, ok mungkin tak seswai utk aku hahaha. emo lebih pulak. tia amelia, pakai for 5-6 months. masa pakai, ok. stop je, jadi teruk balik.then ade brand rejuvenate ke ape tah. apple la. bla3. tea tree. tak kena lgsung. oxy? horrible. paling teruk penah aku pakai. teruk sangat3. siapa yg ade mslh pimples, tolong jgn pakai oxy. kalau pakai, confirm kecewa. haha. klinik pulak, dh mcm2 klinik pegi, mcm biasa la, stop consume the ubat, it will start all over again, n worst part, makin teruk. but then,aku tak penah pegi pakar kulit sebab takut terlalu mahal. ayah tak mampu. n sebelum ni, aku pakai safi balqis. serious, kalau kulit korang mmg type yg dah semulajadi elok, please pakai je safi balqis cuz it really works for normal skin! not for me.




i start to have a pimples problem since i was at my 14. masa zaman sekolah. aku ingat lagi. at that moment,  aku lalu sebelah senior, and he said, "wey aku ade jual pencuci muka, nak x?". tak lupa jugak. "ko ni, pakai kertas pasir je baru elok. mana ade pencuci muka leh baikkan kulit ko ni". n org bg gelaran, "ala, budak muka menggerutu tu..". or "oja, kenapa teruk sangat muka... takde pakai ape2 produk ke?" or "muka jalan tar" or "bulan" n sooo much more. hehe. well tho. im a girl. masa teenage dulu, sumpah terasa gila khinzir bila orang cakap mcm2 n paling tak leh lupa bila senior menganjing2 kan. haha takleh blah. but bila umur makin meningkat, aku dah makin lali, n rasa no problem with segala kata cacian yg telah engkau berikan. ehem. haha. sbb dah biasa sangat. alah bisa tegal biasa. malas nak fikir. but, sometimes, it do made me sad. sometimes. but alhamdulillah, most of the time, i dont care at all. haha. i even make a joke about it!




never ending hugeeee pimples, scars, kelemumur yang sooo what ever, cracking n too over dry lips, kulit kaki yg jugak too dry and cracking here and there, ape lagi ape lagi. er, ckup la tu. n the product i use is, untuk muka, i use tabita skin care. which last for a bout 3 months a set. and it cost rm340 including postage. and i consume 500g vitamin c, which can be consume sebiji sehari yg akan bertahan selama sebulan which cost rm50 including postage. but i consume 2 pills per day cuz i own a very,very,very bad skin. but now, aku dah start makan sebiji sehari. jimat lah uols. sbb ptptn dah habis. haha. okay that part tak funny langsung.... but betul, mmg beli guna duit ptptn pun... ayah mana la larat nak tanggung smua oii. ape, tak sedar diri? ehhhh sukati la aku nak guna duit ptptn untuk ape. :p  using ptptn's like a baws i tell u. pastu broke, mula la pening kepala. padan muka sendiri.



but still, sekarang ni, i can't say that my skin is good, cuz its not. kawah2 akibat huge pimples masih ada, tu kalau pakai laser baru hilang kot. parut sejak 8 tahun lepas, kau gila boleh hilang dlm sekelip mata. n parut2 hitam degil pun is still there. cuma, it is less visible now. waaayyyyy better than it use to be alhamdulillah praise to the Almighty. again, for someone who never met me in person, u will likely said, "eh, takde ler elok mana pun kulit. poyo je cakap dah elok dah ape la bla3...". cuz u never saw the old me. kat bawah ill attach some pictures of me before, and after. 




ok dahla tu. too long post. i know i know my bad. nah tgk gamba before and after. jangan muntah dah









before. 1,2, no bedak. 3,4, bedak bertepek2, but sama je haha. ok whatever




after. with kryolan foundation




after a month. naked face. face. not me.




this one after 2 months tabita + vitamin c. pakai krim muka tabita sahaja.



so long. bye bye semua. thanx for reading n sorry for the oh-so-long post. assalamualaikum