Sunday, November 11, 2012

sudah jatuh, ditimpa tangga.

assalamualaikum semua. :)



peribahasa kat atas ni, rasanya mcm sesuai untuk aku pada saat ni. lepas satu, satu penyakit datang tak henti2.. tapi aku redha, sebab aku tau, penyakit tu penghapus dosa...mana la tau, sebab penyakit2 ni, boleh bawak aku ke syurga ke, kan. hahaha.


aku tau, ramai lagi kat luar sana ada penyakit jauh lg serious, tapi masih sabar dgn segala2 nya. well again, aku manusia. aku tak kuat. jujur aku cakap, aku sedih and kadang2 rasa tak larat nak tanggung semua ni over and over again. aku dapat rasa betapa tak normalnye hidup aku.


serbulan lebih dah berlalu, ulcer mulut and lidah aku tak stop2, sampai dinding2 pipi aku naik hancur, lidah pun putih2 sebab pecah2 selalu. mmg sejak kecik aku kerap kene mulut pecah2 ni, so mmg sejak dulu aku banyak minum air putih.. tapi, mungkin tak cukup byk, sebab tu penyakit ni tak hilang2. selalunye, paling lama kene, non stop selama 2 mggu lebih. tapi kali ni, dah lebih sbulan. masih mcm ni. dah pegi klinik, dah pakai ubat. masih tak stop2. smpai sekarang. mmg la aku ada jugak langgar pantang, makan aiskrim minum air sejuk, hehehhee. tp jarang2. mgkin kene betul2 berpantang, baru lah ok kot. balik kl ni, nak pegi klinik lagi, ubat dah nak habis. harap doctor akan check betul2 untuk tau ape punca sebenar ulcers ni. in sha Allah, amin.



sebulan lepas, tonsil aku bengkak, smpai telan air liur pun seksa. pegi klinik jugak, sbb masa tu, demam kejap baik kejap kebah, ulcers, batuk kering, selsema n kepala pening2. dr bg ubat, 6 jenis kot. tak ingat. doctor cakap, tekak aku bengkak teruk. padahal time aku pi klinik tu, aku rasa dah susut sikit sbb minum air tak terlalu seksa sgt. awal2 tu seksa ya amat, Allah je tau. doctor ade cakap, kalau tonsil bengkak lagi, die mintak pegi klinik lagi, mungkin ada tonsil infection. aku, ntah la. aku tak suka pi klinik sebenarnya. haha. but anyway, mggu lepas, tekak aku bengkak balik, until now, leher aku rasa gemok sbb bengkak. telan sakit, tp tak seksa mcm bulan lepas tu. badan pun asek rasa tak sehat, kejap rasa ok kejap rasa nak demam. so nnt nak pegi klinik, nak suruh doctor check jugak. aku dah tak tahan pantang makan. seksa woi tak leh makan benda sesedap. makan bubur ayam mcd pun rasa seksa sbb sakit nak telan.


kan masa dapat ubat klinik tu, yg 6 jenis ubat tu, aku lupa nak bgtau doctor, aku ade gastrik teruk.. nak jadi cerita, malam lepas makan ubat tu, aku sesak nafas. masa tu. Allah je tau, aku rasa, mcm nyawa di hujung tanduk. selama aku hidup, aku rasa, itu la sakit yg paling sakit penah aku rasa. aku tak boleh benafas. jantung rasa dicucuk2, rasa mcm benafas dalam air.. pegi klinik, doctor bg oksigen, tapi tak berubah pun memula aku ingat asma, sebab aku mmg ade penyakit semput pun. but then. rasa mencucuk2 tu turun ke ulu hati... sah, sah ler gastrik. sbb sebelum ni penah kene jugak, smpai biru tangan n kaki sebab tak leh benafas. penah buang air besar berdarah, sbb gastrik jugak. tapi mungkin sebab tak serious, aku tak masuk wad pun. just penah masuk air, n injection dah bepuluh kali kene sebab gastrik. hahah dah lali, dah tak rasa ape dah. injection sebab allergic pun byk kali kene. so, aku dah tak kesah sgt pun enjet enjet ni. ha, bebalik pada cerita nye, doctor bg injection, macam biasa la. but ubat tu tak jalan, aku still rasa pedih ulu hati lagi, kaki rasa kebas n tak larat nak berdiri. dr bg surat, untuk pegi hospital melaka. pegi sana, doctor check jantung, bg injection lagi, kali ni masuk jarum besa tu. but tak rasa ape2, sbb perut aku sakit sgt time tu, so xde rasa pape pun jarum beso tu masuk tgn. tunggu itu ini, check jantung, jantung takde masalah, doctor bg ubat, then balik. alhamdulillah, tak admitted. pastu, dlm masu smggu lebih tu, perut aku sakit je.... banyak jugak kelas aku skip. aku tak larat... sumpah aku tak larat sgt2... kejap ok, kejap gastrik datang balik. 




beberapa hari lepas tu, aku cirit birit sebab salah minum air susu. aku tak boleh minum susu tepung lembu. sama mcm mak aku. 3-4 hari jugak cirit birit. plus, tekak rasa loya sebab angin gastrik. beberapa malam aku kalah dengan rasa sakit ni, jatuh jugak air mata yang aku tahan2 selama ni. tak lama tu, gastrik datang mnyerang lagi.  lama2 tu, alhamdulillah, gastrik tak kene dah.. smpai sekarang, cuma, kene jaga makan, tak boleh mkan pedas n masam2 la sangat. hehe mcm org tua dah aku ni.



dalam masa tu, ulser aku tak jugak elok2. berlarutan, sampai sekarang. tekak aku bengkak balik. tambah seksa, gigi bongsu tumbuh, tapi mcm takde ruang, so die tolak2 tisu2 nak ke tekak ni. seksa betul, rasa mcm ade electric shock ke otak. seharian aku tido sebab aku tak tahan...so, esok kalau klinik gigi bukak, nak pegi klinik gigi sekali. nak x-ray. kalau wisdom tooth aku ni bemasalah, nak operate buang semua. aku tak kire... seksa woi. smpai sekarang ni, gusi masih berdenyut2. tak lupa jugak, gusi bedarah. terasa darah kat bahagian kiri, sbb gusi bgkak part kiri. bila ludah, ludah tu ada darah. so, aku assume gusi la bedarah. haha pandai2 buat conclusion sendiri.



tapi aku bersyukur, walaupun aku selalu stay up sebab nak settlekan proposal, aku tak kene migrain. sebab aku ade migrain teruk jugak. kalau kene, smpai muntah2, n penah skali tu, aku duduk dlm toilet lama2 sbb muntah, sampai keluar air kuning2 tu. seksa. seksa. tak penah lagi pegi klinik pasal migrain, selalu makan panadol je, sebab malas nak susah kan orang lain, n rasa boleh tahan, so duduk je rumah sorang2, tahan sakit. kalau migrain, yg seksa nye, otak rasa bedenyut2, tak boleh dgr bunyi, tak boleh ada cahaya lampu, tak boleh ade gangguan lgsg. aku pun tak tau kenapa. bila ade bunyi n lampu, otak aku rasa lg bedenyut dasyat2. so, aku bersyukur, sbb dlm masa semua penyakit berlumba datang ni, migrain tak datang. alhamdulillah..............




ibu ayah nak datang jemput aku esok, tapi aku tak nak, sebab aku larat je nak drive. kesian ayah, ayah banyak keje. nenek pulak baru masuk wad pagi tadi, so, ibu kene jaga nenek. kalau ibu tak jaga nenek, sape lagi nak jaga. nak harapkan pak teh aku sorang jaga, kesian kat die.. moga nenek cepat2 la sembuh... amin. lagipun, aku rasa aku dah cukup besar nak hadap benda ni semua sendiri. n kalau tetbe sakit gigi tu serang balik, aku stop je la kat mana2 perhentian. bukan takde pehentian pun




ape2 pun, esok nak pegi klinik. semoga dapat ubat yg boleh baikkan pnyakit2 ni, semoga tekak tak bengkak lagi, semoga ulcers tak datang lg, semoga gusi ni tak berdenyut2 selalu. 



ape2 pun, semoga benda ni semua menguatkan aku, n mendekatkan lagi diri aku dengan Maha Pencipta. mungkin Allah bg semua ni, sebagai petunjuk, untuk aku dekatkan diri aku dengan-Nya. aku terima segalanya dengan segala kesyukuran, sbb aku tau, Dia maha tahu segala yg terbaik untuk diri aku. lgpun, aku tau aku kuat, sbb tu Allah uji aku. hehehehehe. :)




the pain is still killin me right now, but berkat doa ibu, aku rasa kurang sikit sakit nye even still tak boleh bercakap mcm normal. semoga segalanya berjalan lancar, moga perjalanan balik kl esok selamat. moga Allah berkati perjalanan aku, moga urusan proposal aku senang settle, amin amin ya rabbal alamin...




amin


No comments:

Post a Comment